Sunday 30 October 2011

Yang Baru berbau wangi....

Salam mewangi kepada semua pembaca blog aku ini. Terima kasih kerana menjadi sudi singgah untuk melihat dan membaca catatan aku. Tiada kata seindah bahasa, hanya ucapan terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan.

Yang 'Baru' berbau wangi...yang 'Lama' dipandang hanya sebelah mata... Itulah lumrah kehidupan. Bila yang yang baru sudah dimiliki, yang lama hanya tinggal kenangan. Kadang-kadang kita terlalu taksub dengan kehebatan dan keunikan perkara baru yang kita miliki. Padahal perkara lama lah yang mematangkan kehidupan untuk menjadi yang lebih baik . Kerana yang 'Lama' banyak memberi kita tunjuk ajar dan sokongan untuk membina kehidupan pada masa akan datang.

Ketika ini, aku sentiasa mengingati diri ku supaya sentiasa merendah diri dengan keadaan yang akan aku hadapi  supaya aku tidak  leka dengan kehebatan pentas dunia yang kadangkala sukar untuk aku lalui sendirian. Aku sedar, walaupun diri aku tidak sehebat yang diimpikan sesetengah makhluk Tuhan, tapi aku tetap bersyukur kerana mempunyai kehidupan yang cukup menyenangkan kurniaan Tuhan Yang Satu. Aku cuma mampu berdoa supaya makhluk Tuhan yang sentiasa tidak bersyukur dengan apa dimiliki diberi petunjuk supaya sentiasa mengingati ketentuan dan kebesaran Tuhan. 

Terakhir untuk ketika ini, aku hanya mampu menadah tangan merendah diri dan bersujud pada Maha Yang Kuasa untuk memberikan ku kekuatan untuk menghadapi dunia yang hanya menunggu masa untuk sujud kepada Tuhan Yang Satu....


Salam Mewangi dan Abadi daripadaku
Aku dan sesuatu....

No comments:

Post a Comment