Saturday 24 December 2011

Lagu Lara Lagi

Hanya sampai disini saja
Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti disini
Biar ku pujuk hati ini
Merawat rindu ku sendiri
Setelah aku kau lukai
Sedangkan kau tahu...

Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Tak kan berubah
Walau dipisah laut biru

Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah
Tak pernah jemu
Tak kan terpadam dalam hatiku
Ia milik mu
Percayalah....

Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti disuatu hari nanti
Ku jejak bahagia....

Di penghujung....

    Lama dah tak menulis. Pejam celik..pejam celik..hampir sampai kita ke penghujung tahun ini. Tahun ni banyak suka dan duka dalam hidup aku. Aku berharap tahun hadapan dan masa akan datang, akan memberi keselesaan, ketenangan dan kebahagian dalam hidup aku.
      Sepanjang tahun ini, aku banyak melalui saat2 jiwa aku bergolak dengan perbuatan dan sikap segelintir insan-insan yang aku hormati dan sayangi. Saat yang paling gentir sehingga aku perlu perhatian dari pakar mengenai jiwa aku. Perkara ini membuatkan aku lagi tertekan dengan pandangan serong orang sekeliling aku.     
      Tapi aku bersyukur kerana insan yang paling aku sayangi dan cintai sentiasa berada disisi dan memimpin tangan aku untuk terus berjalan kehadapan dengan kekuatan yang ada.
Terima kasih kerana menjaga aku dengan sepenuh perhatian mu... aku amat berbangga mempunyai teman yang setia dan ikhlas seperti kamu.
     Walau apa yang terjadi, kita mesti berjalan terus ke depan. Jangan pedulikan apa yang difikir dan diperkatakan oleh orang yang iri hati dan berprasangka dengan kamu. Yang pasti, kita mesti berani untuk terus kehadapan...
      Tahun 2011 ini, aku diberi rezeki untuk menyambung study di UiTM. Alhamdulillah, aku amat gembira dengan dunia baru ini. Walaupun banyak dugaan, tetapi aku tetap gembira dan semakin ceria disamping kawan2 yang banyak membantu.  
Si Teman Setia ku juga tetap setia menjaga kebajikan ku untuk menguruskan rumahtangga disamping urusan2 belajarku.  
Si Teman Setia tidak lagi pernah membiarkan aku untuk pergi ke kuliah seorang diri. Pasti dia yang akan menemankan aku, walaupun sesibuk mana pun dia..dia pasti ada bersama ku. 

Terima kasih " Teman Setia"...
Aku Mencintaimu Seumur Hidup Ku...

Sunday 30 October 2011

Yang Baru berbau wangi....

Salam mewangi kepada semua pembaca blog aku ini. Terima kasih kerana menjadi sudi singgah untuk melihat dan membaca catatan aku. Tiada kata seindah bahasa, hanya ucapan terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan.

Yang 'Baru' berbau wangi...yang 'Lama' dipandang hanya sebelah mata... Itulah lumrah kehidupan. Bila yang yang baru sudah dimiliki, yang lama hanya tinggal kenangan. Kadang-kadang kita terlalu taksub dengan kehebatan dan keunikan perkara baru yang kita miliki. Padahal perkara lama lah yang mematangkan kehidupan untuk menjadi yang lebih baik . Kerana yang 'Lama' banyak memberi kita tunjuk ajar dan sokongan untuk membina kehidupan pada masa akan datang.

Ketika ini, aku sentiasa mengingati diri ku supaya sentiasa merendah diri dengan keadaan yang akan aku hadapi  supaya aku tidak  leka dengan kehebatan pentas dunia yang kadangkala sukar untuk aku lalui sendirian. Aku sedar, walaupun diri aku tidak sehebat yang diimpikan sesetengah makhluk Tuhan, tapi aku tetap bersyukur kerana mempunyai kehidupan yang cukup menyenangkan kurniaan Tuhan Yang Satu. Aku cuma mampu berdoa supaya makhluk Tuhan yang sentiasa tidak bersyukur dengan apa dimiliki diberi petunjuk supaya sentiasa mengingati ketentuan dan kebesaran Tuhan. 

Terakhir untuk ketika ini, aku hanya mampu menadah tangan merendah diri dan bersujud pada Maha Yang Kuasa untuk memberikan ku kekuatan untuk menghadapi dunia yang hanya menunggu masa untuk sujud kepada Tuhan Yang Satu....


Salam Mewangi dan Abadi daripadaku
Aku dan sesuatu....